Saturday, December 28, 2024
21.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program kongsi sejarah perkhidmatan pos

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Bagi memperkenalkan dan mengongsikan maklumat mengenai setem dan poskad lama kepada orang ramai, pengumpul dan pencinta sejarah, Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) dan Persatuan Filateli Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, hari ini, telah mengadakan program Bicara Sejarah: The Postal History of Brunei 1895-1988.

    Program dengan tema Setem sebagai Sumber Sejarah itu diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39, sebagai usaha memberigakan sejarah awal kewujudan perkhidmatan pos di negara ini kepada orang ramai khususnya golongan belia.

    Hadir selaku tetamu khas ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan dan Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe.

    Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, mahasiswa, mahasiswi institusi pengajian tinggi, belia, ahli Persatuan Filateli Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan peminat serta pengumpul setem.

    Program disampaikan oleh ahli panel jemputan, Clarie Scott, Fellow of the Royal Philatelic Society London.

    Profesor Adjung Haji Mohd Rozan bersama Clarie Scott semasa perkongsian program tersebut.
    Pengiran Haji Mohd Hasnan dan TYT John Virgoe semasa hadir pada majlis tersebut.
    Antara yang hadir semasa program Bicara Sejarah, kelmarin.

    Antara yang dikongsikan ialah mengenai sejarah perkhidmatan pos di Brunei dari tahun 1895 hingga 1988 dan pelbagai koleksi setem yang pernah digunakan di negara ini.

    Program dipengerusikan oleh Pemangku Yang Di-Pertua PESEBAR, Profesor Adjung Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos.

    Program antara lain bertujuan menarik minat dan membuka jalan kepada pengkaji sejarah untuk menjalankan penyelidikan dan mengumpul bahan mengenai persejarahan perkhidmatan pos di negara ini.

    Sebagai acara sampingan, Pameran Sejarah Setem Brunei kini dibukakan kepada orang ramai bermula hari ini hingga 5 Mac dari pukul 8 pagi hingga 4 petang pada hari Selasa hingga Khamis dan Sabtu.

    Manakala pada hari Ahad dibuka dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari dan ditutup pada hari Jumaat dan cuti awam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda