Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program KrisConnect SIA dikembangkan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memberikan pengalaman lebih baik kepada pelanggan, Singapore Airlines (SIA) akan menyediakan tambang yang lebih pelbagai dan kandungan lebih peribadi kepada rakan-rakan perdagangan perjalanannya di Brunei bermula awal November.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan SIA, ia diperkenalkan menerusi pengembangan Program KrisConnect syarikat penerbangan berkenaan, yang memanfaatkan teknologi pembahagian baharu untuk menyediakan kandungan dan kefungsian dipertingkatkan menerusi platform-platform rakan.

    Kenyataan menjelaskan, apabila Program KrisConnect dilancarkan pada 2018, SIA adalah syarikat penerbangan pertama di Asia Pasifik yang memanfaatkan teknologi baharu berkenaan.

    Agensi-agensi pelancongan yang menyertai program berkenaan akan mendapat manfaat daripada speed-to-market yang dipertingkat, akses kepada pelbagai produk tambang yang meluas termasuk kandungan yang disesuaikan secara peribadi dan keupayaan untuk menawarkan produk-produk yang diubahsuai kepada pelanggan seperti pakej-pakej bundle dan tawaran tambang yang dirundingkan.

    Ini akan meningkatkan pengalaman tempahan bagi pelanggan menerusi pengubahsuaian dan pengiktirafan yang dipertingkat bagi status KrisFlyer.

    SIA menjelaskan, Program KrisConnect menggunakan teknologi Application Programme Interface (API) termasuk standard-standard New Distribution Capability (NDC) yang dibangunkan industri.

    Kenyataan menyatakan bahawa banyak rakan-rakan agensi pelancongan utama di Brunei telah menyuarakan sokongan bagi program tersebut, melihatnya sebagai peluang untuk meningkatkan lagi pengalaman pelanggan. Menerusi program itu, agensi-agensi pelancongan dan rakan-rakan luar lain boleh memanfaatkan pelbagai cara untuk mengakses kandungan dan kefungsian baharu. Kandungan berkenaan akan tersedia menerusi Global Distribution Systems asal seperti Amadeus, Sabre dan Travelport serta rakan-rakan teknologi baharu seperti PKFare, TP Connects, Travelfusion, TravelNDC dan Verteil Technologies.

    Di samping itu, portal ejen pelancongan SIA, AGENT 360 akan dipertingkatkan untuk membolehkan ejen-ejen pelancongan mendapat akses langsung kepada kandungan menerusi program berkenaan, tambah kenyataan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda