Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Program lahir generasi belia berwawasan

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Sebagai usaha membimbing dan melahirkan generasi belia berwawasan yang berfikiran kritis serta berdaya tahan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Halalan Thayyiban Student Society (HTSS) dari Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) mengadakan Minggu Sains Halal (HaSWeek) di UNISSA Kampus Sinaut yang sedang berlangsung hingga 26 Februari.

    Program berkenaan telah dilancarkan pada 18 Februari lalu di mana hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim dan dihadiri beberapa tenaga akademik, kakitangan dan pelajar di pusat tersebut.

    Tujuan utama program adalah sebagai salah satu usaha bagi sama-sama menyokong usaha universiti dan Negara Brunei Darussalam terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan memfokuskan kepada SDG 1 (tiada kemiskinan), SDG 2 (sifar kelaparan), SDG 3 (kesihatan yang baik dan kesejahteraan), SDG 4 (pendidikan berkualiti) dan SDG 12 (penggunaan dan pengeluaran bertanggungjawab).

    Antara perisian HaSWeek adalah pengendalian beberapa program di dalam dan luar Kampus Sinaut iaitu Program Riadah Hari 10,000 Langkah, Projek Thrift, Halal Industrial Food Management Demonstration, Youth Forum: Youth Led Initiative for Sustainable Development Goals, Bengkel Membuat Sabun dan akan diakhiri dengan aktiviti Perkhemahan Sains Halal di Bintudoh Greenspring Resort, Kampung Lamunin, Tutong.

    Perkhemahan tersebut juga dianjurkan bersempena dengan Semarak Hari Kebangsaan Sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40, 2024.

    Program itu juga berobjektif untuk menyuntik semangat para belia agar bergiat aktif dalam mengikuti segala aktiviti pembangunan belia seperti kepimpinan, kesukarelawan, keagamaan dan sukan.

    Antara belia yang mengambil bahagian dalam aktiviti semasa Minggu Sains Halal di UNISSA Kampus Sinaut. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...