Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program latih kemahiran belia dalam penerbitan laman web

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 1 OKT– Seramai 23 peserta yang terdiri daripada belia dari seluruh negara telah menyertai Program Kemahiran Artisan yang memfokuskan pada Reka Bentuk dan Penerbitan Laman Web yang diadakan baru-baru ini selama dua hari di Pusat Belia Daerah Belait.

    Menerusi program tersebut para peserta berpeluang untuk mempelajari kemahiran dan pengetahuan asas yang mampu meningkatkan pemahaman dan penguasaan mereka dalam reka bentuk laman web asas, yang kemudiannya dinilai melalui latihan praktikal.

    Program berkenaan merupakan versi penjenamaan semula Program Komuniti anjuran Pusat Pembangunan Belia (PPB), yang bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti kursus komuniti yang ditawarkan, bukan sahaja di pusat itu malah merentasi keempat-empat daerah dengan kerjasama rakan strategik.

    Program itu turut memberi tumpuan kepada latihan kemahiran asas dan kemahiran hidup penting yang boleh memberi manfaat kepada belia dan ahli masyarakat, sama ada dalam usaha keusahawanan atau aplikasi harian, sekali gus menyokong Wawasan 2035 dalam memupuk generasi belia dan warganegara yang berkemahiran.

    Bagi program terbaharu itu, PPB bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) cawangan Daerah Belait sebagai kolaborator strategiknya, dengan objektif utama kursus adalah untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan asas dalam reka bentuk dan penerbitan laman web.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis penutup program berkenaan ialah Pemangku Penolong Pengarah PPB, Hajah Normie Haryanti binti Haji Ramli sekali gus menyempurnakan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta.

    Semua di atas: Hajah Normie Haryanti menyampaikan sijil kepada antara peserta program tersebut.
    Hajah Normie Haryanti bergambar ramai dengan peserta program. – GAMBAR SERAHAN JBS KB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda