Selasa, Julai 29, 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program LCB beri peluang terokai Brunei

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Delegasi akademik dan pelajar dari Korea Selatan berpeluang untuk meneroka pelbagai program akademik dan kebudayaan menerusi kem pengajian akademik semasa Program Pengajian Antarabangsa 2025 Laksamana College of Business yang diadakan sepanjang Julai dan Ogos.

    Sehubungan dengan itu, delegasi pelajar dan ahli akademik Kores Selatan dialu-alukan dan diintegrasikan ke dalam komuniti LCB dalam majlis pembukaan program yang berlangsung di Laksamana College of Business, kelmarin.

    Majlis pembukaan berkenaan dihadiri oleh Pengarah Abdul Razak Holdings dan Laksamana College of Business, Haji Suhaimei Besar dan pegawai-pegawai kanan LCB, ketua-ketua jabatan serta rakan-rakan kongsi akademik.

    Dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Pengetua LCB, Dr Sivarajah Subramaniam mengetengahkan pentingnya kolaborasi global dalam pendidikan, menekankan bagaimana inisiatif berkenaan dalam memupuk pemahaman merentas budaya, mengembangkan perspektif akademik dan membantu mempromosikan Brunei sebagai hab bagi pendidikan berkualiti.

    Majlis itu turut menyaksikan persembahan khas daripada pelajar-pelajar LCB, penyampaian hadiah alu-aluan kepada delegasi pelajar dan akademik Korea daripada akademi Bahasa Inggeris serta lawatan berpandu kampus LCB.

    Kesemua peserta program berkenaan juga melalui program asimilasi budaya yang menawarkan gambaran menyeluruh tentang warisan, sejarah dan hospitaliti Brunei termasuk lawatan ke Temburong, Jerudong Park serta lawatan ke industri tempatan yang dikendalikan oleh Jabatan Pelancongan Antarabangsa, LCB.

    Program belajar berkenaan akan berakhir pada Ogos nanti, di mana para pelajar akan mempamerkan pembelajaran mereka melalui persembahan serta menerima sijil penyertaan.

    Haji Suhaimei menyampaikan hadiah alu-aluan kepada para delegasi.
    Dr Sivarajah Subramaniam bergambar-ramai dengan delegasi akademik dan pelajar Korea yang menyertai Program Pengajian Antarabangsa 2025.
    Haji Suhaimei bergambar ramai dengan para delegasi akademik dan pelajar yang menyertai program berkenaan.- GAMBAR-GAMBAR SERAHAN LCB 

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda