Thursday, September 19, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program MADANI Sarawak dijangka tarik 100,000 pengunjung

    KUALA LUMPUR, 18 SEPT – Penganjuran Program MADANI Rakyat (PMR) Sarawakku Sayang di Miri pada 27 hingga 29 September ini dijangka menarik kira-kira 100,000 pengunjung melalui pelbagai program dianjurkan.

    Ketua Penyelaras PMR 2024 Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Pejabat Perdana Menteri, Mohd Zainuddin Mohd Noor, berkata tarikan itu termasuk lebih 2,000 peluang pekerjaan disediakan oleh 20 syarikat besar melalui Karnival Kerjaya.

    “Di sesetengah tempat seperti edisi Pulau Pinang dan Kuantan (Pahang), ada 400 hingga 500 orang yang memohon telah menerima surat tawaran kerja sebaik selesai ditemuduga pada hari berkenaan.

    “Kita berharap inisiatif ini dapat membantu mereka menambah pendapatan keluarga untuk tempoh yang lama,” katanya menerusi temu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.

    Selain itu, Mohd Zainuddin berkata program dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dan kerajaan negeri Sarawak itu turut menyediakan lebih 200 perkhidmatan langsung kepada rakyat. 

    Perkhidmatan yang ditawarkan antaranya semakan kelayakan memohon Geran Agropreneur Muda, yang menyediakan latihan dan bantuan kewangan untuk menjalankan perniagaan berasaskan pertanian serta industri makanan dan asas tani. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda