SHANGHAI – YOOZOO Games sedang memanaskan badan untuk satu maraton permainan epik pada bulan hadapan, ketika pemain-pemain dari seluruh dunia bersiap sedia untuk menjadikan usaha pada skrin mereka bertukar menjadi makanan; kesemuanya sebagai menyokong perjuangan WFP terhadap isu kelaparan di beberapa kawasan paling terdedah di dunia.
Penggemar permainan akan dapat menikmati ciri-ciri dan acara-acara permainan eksklusif semasa inisiatif selama satu minggu itu; dengan penyertaan mereka akan membantu untuk mengumpulkan dana penting yang diperlukan untuk Program Makanan Sedunia. Kaedahnya adalah mudah: semakin banyak anda bermain, semakin banyak YOOZOO menghulurkan sumbangan.
#GTarcadeHungerHeroes adalah satu gesaan daripada GTarcade untuk mengalami, berkongsi dan membuat lebih ramai orang sedar mengenai kewujudan isu kelaparan dengan mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti amal yang menyeronokkan yang akan membantu WFP di dalam misi mereka untuk menyelesaikan masalah kekurangan makanan.
YOOZOO Games berkata “Selama 10 tahun kami sangat bernasib baik untuk membawa kegembiraan yang mudah kepada berjuta-juta orang di seluruh pelusuk dunia, melalui permainan video. Sokongan yang kami terima daripada peminat setia kami telah membolehkan kami untuk menyokong pelbagai isu yang penting. Pada tahun ini, kami mahu memperluaskan usaha dan membantu dalam memberikan sokongan segera kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.”
Untuk maraton GTarcade, YOOZOO telah mewujudkan satu laman pasukan di laman ShareTheMeal, Program Makanan Sedunia.

Semua wang yang dikumpulkan akan membantu projek-projek WFP yang penting dalam menangani masalah kelaparan, menggalakkan keselamatan makanan dan menyediakan bantuan makanan.
Terdapat tiga cara yang anda boleh libatkan diri dengan acara Hunger Heroes GTarcade dan membantu mengumpulkan wang di dalam usaha mengatasi isu kelaparan.
Pertama, tweet sekeping gambar makanan anda yang tersenyum dengan hashtag atau tanda pagar #GtarcadeHungerHeroes.
Untuk setiap tweet yang anda hantar, YOOZOO Games akan mendermakan satu hidangan makanan kepada WFP.
Kedua, sertai maraton permainan GTarcade. Dari 12 hingga 18 Ogos, untuk setiap jam bermain secara langsung YOOZOO Games akan menyumbangkan satu hidangan kepada WFP. Sebagai tambahan ‘bonus maraton’ iaitu dua jam bermain secara langsung dan juga diberikan ganjaran dengan duit syiling AS$10 dalam permainan, sementara lebih dari 12 jam akan menghasilkan duit syiling dalam permainan bernilai AS$100.
Ketiga, dapatkan ciri-ciri dalam permainan eksklusif dengan menyertai Maraton Permainan Hunger Heroes. Kumpulkan empat peti harta karun atau sayap dalam permainan, yang boleh ditukarkan dengan satu sumbangan makanan kepada Program Makanan Sedunia.
Pemain-pemain kemudian dapat melihat watak-watak kegemaran mereka itu menukarkan item-item tersebut menjadi makanan untuk kempen ShareTheMeal, Program Makanan Sedunia.
YOOZOO Games adalah sebuah syarikat hiburan global yang mengkhususkan diri di dalam pembangunan dan pengedaran permainan. Syarikat itu beribu pejabat di Shanghai dengan mempunyai pejabat di London, Berlin, Hong Kong, Singapura, dan bandar raya-bandar raya utama yang lain.
Sejak penubuhannya pada tahun 2009, YOOZOO telah melancarkan pelbagai produk yang sangat berjaya seperti Legacy of Discord, Furious Wings dan League of Angels, dan telah menjalin satu rangkaian pengedaran global yang mantap. – Bernama