Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Masyarakat Bermaklumat sokong wawasan negara

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JULAI – Bagi memahami, menyokong dan menghargai usaha-usaha kerajaan dalam sama-sama membangun negara terutamanya bagi mencapai Wawasan Brunei 2035, Jabatan Penerangan menerusi Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Bahagian Cawangan Daerah telah mengadakan Majlis Pembukaan Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) bagi Kampung Bukit Udal dan Penapar, Mukim Tanjong Maya, Daerah Tutong yang berlangsung selama dua hari dan berakhir hari ini di Auditorium, Bangunan Tambahan, Jabatan Penerangan.

    Seramai 48 orang peserta turut menyertai program berkenaan, yang terdiri daripada penduduk Kampung Bukit Udal dan Penapar, Mukim Tanjong Maya, Daerah Tutong.
    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Penerangan Kanan, Ketua Bahagian Cawangan Daerah, Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar.

    Turut hadir ialah Ketua Kampung Bukit Udal dan Penapar, Haji Masri bin Haji Abdullah.
    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dikepalai oleh Bilal Masjid Kampung Penapar, Awang Muhammad Khairi bin Haji Khairol Alaika dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Ketua Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Awang Mohd Nurakram bin Noraini @ Bahrin.

    Dalam ucapannya, Awang Mohd Nurakram telah mengongsi bahawa PMB merupakan inisiatif Jabatan dalam memberikan peluang kepada masyarakat untuk menimba ilmu pengetahuan dengan lebih lanjut mengenai usaha-usaha pihak kerajaan dan agensi-agensi berkenaan dalam sama-sama membangun Negara Brunei Darussalam.

    Selain itu beliau turut menekankan tentang kepentingan untuk meningkatkan kefahaman mengenai dengan bidang keusahawanan dan program-program yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan atau pun swasta, memahami usaha-usaha kerajaan dalam mengatasi isu pengangguran dan mendorong pertumbuhan ekonomi serta memberikan inspirasi melalui lawatan sambil belajar ke perusahaan-perusahaan tempatan.

    Perkara tersebut selaras dengan tujuan program iaitu untuk menyuntik semangat dan menginspirasi anggota masyarakat dalam usaha-usaha meningkatkan taraf hidup, pengetahuan serta pendedahan kepada aktiviti-aktiviti peningkatan kapasiti dan pengetahuan, program ini telah disusun atur dengan beberapa sesi taklimat dan lawatan ke agensi-agensi yang terpilih.

    Gambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Antara yang hadir semasa Majlis Pembukaan PMB. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda