Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program pemuliharaan bantu 150 spesies flora dan fauna terancam

    LONDON, 13 OGOS – Program pemuliharaan bernilai berjuta-juta paun di England mampu membantu menyelamatkan 150 spesies yang terancam tetapi masa semakin suntuk untuk menghalang ia daripada pupus, kata ketua Natural England, yang mengetuai inisiatif tersebut, hari ini.

    Badan awam itu, yang bertanggungjawab untuk melindungi dan meningkatkan persekitaran semula jadi England, melaburkan geran £13 juta (AS$17.6 juta) dalam usaha menyokong spesies haiwan dan tumbuhan seperti vole air, oystercatcher, lady’s slipper orchid, hazel dormouse dan salmon Atlantik.

    “Dari Semenanjung Lizard di Cornwall ke Cumbria dan Northumberland, 63 projek berbeza melibatkan 78 rakan kongsi telah mengubah landskap dan menyokong pemulihan 150 spesies, kebanyakannya berada di ambang kepupusan, melalui penyelidikan, pembiakan kurungan, penciptaan habitat dan pemindahan pemuliharaan,” kata badan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

    Lebih daripada 15,000 haiwan dan tumbuhan satu persatu telah dipindahkan untuk mengembangkan wilayah spesies di bawah projek itu, yang berlangsung dari Ogos 2023 hingga Mac 2025.

    Kejayaan ketara termasuk pengenalan semula black grouse ke North Yorkshire Moors, utara England dan pengembalian belalang paya besar ke Norfolk Broads di timur England selepas hilang selama 85 tahun.

    Di sebalik pencapaian itu, pengerusi Natural England, Tony Juniper berkata lebih banyak masih perlu dilakukan.

    “Sejumlah projek pemulihan alam semula jadi yang semakin meningkat, sama ada besar dan kecil, membuat perubahan besar terhadap cabaran dan perkembangan negara,” katanya dalam kenyataan media. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda