Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Program Pendidikan Pesakit Bariga kesedaran kesihatan jantung

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Program Pendidikan Pesakit bermatlamat untuk memberikan kesedaran atas kepentingan menjaga kesihatan jantung.

    Selain daripada memberikan sokongan kepada peserta-peserta Unit Rehabilitasi Jantung ke arah kehidupan kesihatan jantung yang lebih sihat, program berkenaan juga bertujuan untuk membantu menekankan kepada para peserta betapa pentingnya pengubahan gaya hidup ke arah sihat terutama dengan bersenam dan pengawalan makanan, mematuhi arahan bagi pengambilan ubat serta berhenti merokok.

    Penerangan itu dibuat oleh Ketua Pegawai Operasi Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (JPMC), Awang ‘Izzul Hamzi bin Haji Jomari dalam ucapannya semasa Program Pendidikan Pesakit 2023 yang di Gleneagles JPMC, hari ini.

    Beliau berkata bahawa bagi program tahun ini, topik-topik yang dibentangkan adalah mengenai pengenalan kepada kegagalan jantung, garis panduan aktiviti fizikal negara dan tip bagi pemakanan sihat di mana semua itu adalah untuk mendidik para pesakit mengenai pentingnya gaya hidup sihat jantung.

    Di samping itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli keluarga peserta Unit Rehabilitasi Jantung yang telah memberikan sokongan moral supaya peserta terus berusaha dan bersemangat untuk menjalani pemulihan jantung.

    Program tahunan yang dianjurkan oleh Unit Rehabilitasi Jantung Gleneagles JPMC itu dihadiri oleh pesakit-pesakit dan ahli keluarga mereka di mana ia menjana kesedaran kepada para pesakit mengenai bagaimana mereka boleh meningkatkan gaya hidup sihat
    jantung.

    Ia merangkumi ceramah pendidikan yang berkaitan dengan kesihatan jantung yang
    disampaikan oleh para penceramah iaitu Jururawat Staf Kanan Gleneagles JPMC, Dayang Norhidayatie binti Haji Awang Matasan dengan tajuk ‘Pengenalan kepada Kegagalan Jantung’; ahli fisioterapi di Gleneagles JPMC, Macullum Mak Geng Cheng dengan tajuk ‘Garis Panduan Aktiviti Fizikal Kebangsaan 2022’ serta Pakar Diet Kanan, Gleneagles JPMC, Dayang Nor Arfah binti Mohd Taib.

    Awang ‘Izzul Hamzi menyampaikan ucapannya semasa Program Pendidikan Pesakit 2023 yang berlangsung di Gleneagles JPMC, kelmarin. – Gambar oleh Sim Y. H.
    Dayang Norhidayatie menyampaikan ceramah mengenai ‘Pengenalan kepada Kegagalan Jantung’. – Gambar oleh Sim Y. H.
    Antara yang menghadiri Program Pendidikan Pesakit 2023, kelmarin. – Gambar oleh Sim Y. H.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...