Thursday, January 23, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Penulis Muda labuh tirai

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 DIS – Bengkel Penulisan Skrip Drama Program Penulis Muda yang disertai hampir 50 orang peserta dari dalam dan luar negara telah melabuhkan tirainya kelmarin dengan acara penutupan program yang diadakan secara maya.

    Hadir menutup program tersebut ialah tetamu khas, Pemangku Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Awang Suip bin Haji Abdul Wahab.

    Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pengarah, Dayang Emi Suryani binti Hipny, dan Ketua Bahagian Sastera dan Majalah, Dr Haji Mohd Ali bin Haji Radin selaku pengerusi dan pengasas Program Penulis Muda, ketua-ketua bahagian dan para pegawai serta kakitangan DBP.

    Bengkel Penulisan Skrip Drama selama tiga itu telah dibimbing oleh Pensyarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam, Awang Mohd Zefri Ariff bin Mohd Zain Ariff (yang merupakan salah satu kegiatan yang dirancang khusus bagi peserta atau penulis muda sebagai kesinambungan beberapa buah bengkel yang diadakan sejak awal program ini dilancarkan pada 15 Oktober 2019.

    Pengisian bengkel merangkumi pengenalan drama dan perkembangannya, prinsip asas penulisan drama, format standard dan teknik asas penulisan, pembentukan naskhah dan sebagainya.

    Peserta juga melaksanakan tugasan penulisan secara praktikal bagi melihat kemampuan berfikir cepat dalam menggarap maklumat yang diberikan dan seterusnya mengaplikasikannya dalam penulisan mereka.

    Awang Suip semasa penutupan Program Penulis Muda.
    Antara peserta yang mengikuti program tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda