Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Program perusahaan pertanian kini dibuka

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Program Pendedahan Belia-belia yang Berpotensi Menceburi Bidang Pertanian Berteknologi Tinggi ke-8 bakal kembali pada 15 hingga 20 Mei depan di Dewan Simpur, Pusat Agribisnes Rimba.

    Program berkenaan dianjurkan oleh Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dengan objektif untuk menarik minat para belia agar berkecimpung dalam bidang pertanian.

    Selain itu, ia juga mendedahkan perusahaan pertanian sebagai satu perniagaan menguntungkan khususnya dalam bidang industri tanaman menggunakan sistem teknologi

    Program berkenaan mula diperkenalkan pada 2018 dan tujuh siri program telah dilaksanakan.

    Ia juga merupakan salah satu inisiatif KSSUP bagi mendukung Pelan Strategik Jabatan Pertanian dan Agrimakanan 2021-2030, yang berkaitan dengan usaha untuk meningkatkan penglibatan belia dalam sektor pertanian.

    Bagi para belia yang berminat, borang pendaftaran boleh dimuat turun sekarang dengan tarikh tutup pendaftaran pada 30 April.

    Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus melalui talian 2388093 bagi Unit Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia atau 2470400 bagi Bahagian Industri Tanaman.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...