Tuesday, July 22, 2025
32.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program promosi gaya hidup sihat

    Oleh Daniel Lim –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Kementerian Pendidikan, SEAMEO VOCTECH dan kumpulan kecergasan amal terbesar Super Slim Fit Brunei telah menganjurkan satu program kecergasan untuk kakitangannya pada 19 Julai lalu.

    Program kecergasan tersebut bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dengan mengurangkan risiko penyakit se-perti penyakit diabetes dan jantung yang dikaitkan dengan tekanan, di samping dapat meningkatkan kesejahteraan mental melalui senaman dan cara pemakanan yang sihat.

    Sebelum kelas bermula, kumpulan yang diketuai oleh Pengetua Super Slim Fit, Tan Sui Seng, membantu kakitangan SEAMEO membuat pemeriksaan tekanan darah dan juga memberi nasihat berkaitan dengan kesihatan mereka.

    Semasa kelas berlangsung, Tan Sui Seng bersama jurulatih Tan telah menunjukkan kaedah regangan menggunakan kerusi, membolehkan kakitangan SEAMEO VOCTECH meredakan tekanan dan kekakuan otot pada bila-bila masa sahaja.

    Tan Sui Seng turut menekankan bahawa tekanan kronik dan ketegangan di bahagian bahu dan leher boleh menyumbang kepada masalah seperti tekanan darah tinggi, migrain dan pening kepala.

    Beliau menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan regangan secara berkala dalam rutin harian untuk meningkatkan aliran darah dan mengurangkan tekanan.

    Tambah beliau, kumpulan Super Slim Fit turut menyediakan pelbagai jenis senaman seperti yoga, terapi regangan, pilates, senaman kardio, senaman fungsi badan, kelas khas untuk keperluan tertentu, kelas warga emas, terapi penyelarasan tulang, fisioterapi dan banyak lagi, semuanya ditawarkan secara percuma kepada orang ramai.

    “Kelas percuma itu diadakan setiap minggu di Stadium Negara Hassanal Bolkiah dan orang ramai dialu-alukan untuk turut serta,” ujar Tan Sui Seng.

    ATAS & BAWAH: Demonstrasi regangan sebagai sebahagian daripada program. – GAMBAR SERAHAN SUPER SLIM FIT BRUNEI
    GAMBAR SERAHAN SUPER SLIM FIT BRUNEI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda