Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Dengan hasrat untuk mengajak masyarakat di negara ini dalam sama-sama memanfaatkan musim cuti persekolahan dengan mempelajari sejarah negara secara interaktif dan berkesan, Pusat Sejarah Brunei (PSB) mengadakan Program Aktiviti Cuti Sekolah Penggal Ke-2, Tahun 2024, kelmarin.
Penganjuran program berkenaan telah dikendalikan melalui Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran; Bahagian Pameran dan Perkhidmatan; Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi; Bahagian Penerbitan dan Pemasaran; dan Bahagian Pusat Pengkajian Borneo.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti Jejak Sejarah; Pameran dan Aktiviti Asas Pemeliharaan Rekod; Membaca Takapan; Kuiz Interaktif Sejarah; Cabaran Membaca dan Menulis Jawi.
Melalui aktiviti-aktiviti tersebut juga mendedahkan kepada peserta mengenai kaedah penyelidikan, penyimpanan, pemeliharaan, dan pembarigaan sumber sejarah yang dilaksanakan oleh PSB.
Orang ramai dialu-alukan untuk berkunjung ke PSB bagi menyertai program berkonsepkan aktiviti cuti sekolah berkenaan pada 10 Ogos ini bermula dari 1:45 petang hingga 3:30 petang.



