Oleh Nurdiyanah R. – BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Tinkerbell Learning School (TLS), Kampung Sungai Orok kelmarin telah menganjurkan program Hari Celik Kewangan di kawasan sekolah tersebut dengan penyertaan aktif daripada semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Program yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid dalam memahami konsep asas pengurusan kewangan

