Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program pupuk minat pelajar cintai bahasa Arab

    Oleh Salawati Haji Yahya – 
     
    BELAIT, 7 OGOS – Bagi memupuk minat dan meningkatkan kemahiran bertutur dalam bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah-sekolah Arab, Program Hayya Ilal ‘Arabiyyah (Mari Berbahasa Arab) telah diadakan hari ini di Surau Sekolah Arab Belait (SAB).
     
    Hadir selaku tetamu khas majlis ialah Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim, yang turut melancarkan program berkenaan, manakala ucapan alu-aluan majlis pula telah disampaikan oleh Guru Besar, Pengiran Hajah Masniah binti Pengiran Hussin.
     
    Pada majlis berkenaan, Haji Mohammad Albi telah mengadakan lawatan ke petak-petak aktiviti permainan yang bertemakan Kemahiran Bahasa Arab.
     
    Majlis dimulakan dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah, Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, bagi menyerikan lagi majlis berkenaan. 
     
    Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
     
    Program Hayya Ilal ‘Arabiyah itu merupakan salah satu inisiatif Jabatan Pengajian Islam (JPI) yang dikendalikan oleh sekolah-sekolah Arab bagi mengukuhkan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar.
     
    Program tersebut juga menjadi platform praktikal bagi para pelajar mengaplikasikan bahasa Arab dalam konteks permainan dan aktiviti yang menyeronokkan, seterusnya meningkatkan keyakinan diri mereka dalam bertutur dan menggunakan bahasa Arab.
     
    Turut hadir pada majlis tersebut ialah guru-guru dan ibu bapa serta penjaga pelajar.
     
    Haji Mohammad Albi melawat ke salah sebuah petak pelajar semasa program yang berlangsung di Surau SAB. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    ATAS & BAWAH: Antara pelajar SAB mengambil peluang dalam program berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda