Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Program Qiyamullail rebut pahala Ramadan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Umat Islam di negara ini terus menghidupkan 10 malam terakhir pada bulan Ramadan dengan melakukan segala ibadah bagi merebut pahala yang berlipat ganda.

    Dalam hubungan itu, jemaah masjid Kampung Sungai Besar juga menyemarakkan bulan Ramadan dengan mengadakan program Ibadah Qiyamullail 10 Malam Terakhir Ramadan, baru-baru ini.

    Menyertai dalam program berkenaan ialah Penasihat Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid (AJK) Kampung Sungai Besar, Haji Mohidin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Program bermula dengan sembahyang sunat Tahajjud yang disusuli dengan sembahyang sunat Taubat dan seterusnya sembahyang sunat Tasbih yang diimamkan oleh Imam Masjid Kampung Sungai Besar, Awang Muhammad Hazman bin Haji Mohd Hairol Azme.

    Di kesempatan itu, Setiausaha Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Zaini Haji Damit melahirkan rasa syukur dengan kehadiran jemaah di samping penyertaan belia bagi sama-sama merebut ganjaran yang berlipat ganda yang hanya ada pada bulan Ramadan.

    “Golongan belia perlu didorong untuk sama-sama merebut kelebihan pada bulan paling istimewa ini dengan didikan dan mengasuh rohani supaya mereka terus melangkah ke hadapan dengan penerapan nilai-nilai keagamaan”, jelasnya.

    Program berkenaan merupakan peluang terbaik untuk mengukuhkan dan merapatkan diri kepada Allah di samping mengharapkan untuk memperoleh Malam Laillatul Qadar yang telah menjanjikan pahala yang berlipat ganda.

    Haji Mohidin bersama AJK Masjid Kampung Sungai Besar yang mengikuti program tersebut. – Gambar Serahan Masjid Sungai Besar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...