Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program RIBI kaedah terbaik lahirkan pendakwah

    TAWAU, 30 April – Program Revolusi Imam Belia (RIBI) merupakan platform terbaik dalam melahirkan pelapis pendakwah belia di negeri ini, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

    Beliau berkata program anjuran Pertubuhan Kebajikan Budiman Malaysia (PKBM) Sabah di Tawau ini boleh dijadikan ikutan oleh daerah lain dalam pembentukan pendakwah berkaliber pada masa akan datang.

    “Program ini menyamai Program Pencetus Ummah (PU) di televisyen tetapi generasi muda hari ini, terlalu banyak didedahkan dengan program duniawi berbanding program keagamaan sebab itu inisiatif mewujudkan pelbagai program termasuk RIBI ini penting bagi mengimbangi program duniawi,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program RIBI di sini, malam tadi.

    Tawfiq berkata selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap perkembangan belia di negeri ini, pihaknya bersedia membantu menganjurkan program seumpama RIBI demi masa depan generasi muda Sabah.

    “Selagi saya memegang portfolio kementerian ini saya akan terapkan pelbagai program berbentuk kerohanian terhadap belia di Sabah,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda