Friday, February 21, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Santunan Kasih bantu ibu tunggal, keluarga memerlukan

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 APRIL – Dalam meraih keberkatan penghujung Ramadan, ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Perundingan Kampung (MPK) dan Biro Berserumpun Kawasan 4, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor (Mengkubau) meneruskan lagi program berbagi rezeki melalui program Santunan Kasih Ramadan Berserumpun.

    Program berkenaan merupakan amanah daripada penyumbang yang berbentuk barangan asasi untuk diserahkan kepada 32 orang ibu tunggal dan lima buah keluarga yang memerlukan khususnya penduduk yang tinggal di bawah tadahan Kawasan 4, RPN Kampung Panchor (Mengkubau).

    Acara bermula di rumah Pemangku Ketua Kampung Kawasan 4, RPN Kampung Panchor yang dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh pengerusi majlis dan seterusnya pengagihan sumbangan bagi penerima yang tinggal di Jalan Bukit Bintagur, Bukit Sinadur dan berakhir di Jalan Sungai Cerana di kampung berkenaan.

    Turut serta dalam program tersebut ialah Pemangku Ketua Kampung Kawasan 4 RPN Kampung Panchor (Mengkubau), Awang Faidil Rosemady bin Mohammad.

    Program tersebut diharapkan dapat memupuk ikatan kejiranan berserumpun dan secara tidak langsung mengalinga golongan yang memerlukan perhatian golongan akar umbi di samping dapat memberikan keceriaan bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.

    ATAS & BAWAH: Rombongan yang menyertai program tersebut semasa menyerahkan sumbangan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda