Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Siuk Bekeraja bantu atasi tekanan kerja

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 FEB – Seramai 30 beliawanis terdiri di kalangan kakitangan yang berkhidmat di sektor kerajaan telah menyertai program yang dikenali sebagai Bergema Dalam Kabus Jiwa Tenang, Siuk Bekeraja di Masjid Sufri Bolkiah, Kampung Perpindahan Berakas, kelmarin.

    Program berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Belia dengan kerjasama ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Sufri Bolkiah, Kampung Perpindahan Berakas serta Belia Dan Beliawanis Masjid Senegara.

    Program bertujuan membiasakan para peserta agar lebih tenang dalam menghadapi masalah di tempat kerja serta belajar untuk menerima keputusan dan arahan dengan sikap yang positif, di samping mencari jalan tengah melalui perbincangan dengan rakan sekerja yang berselisih atau bermasalah.

    Program juga dihasratkan untuk membantu peserta mencari punca masalah di tempat kerja serta bagaimana untuk meminta bantuan daripada rakan sekerja atau orang terdekat selain mengenal pasti had pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam pandangan lslam dan cara berpakaian yang sesuai bagi perempuan di tempat kerja.

    Hadir selaku fasilitator program ialah Presiden Persatuan Kaunseling Brunei (PEKA), Leftenan (B) Awang Diny bin Haji Karim dan Pegawai Pusat Dakwah Islamiah, Hajah Junainah binti Haji Gunung.

    Sesi soal jawab semasa program berkenaan.
    Salah seorang peserta menerima sijil penyyertaan daripada Hajah Junainah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda