Sunday, September 29, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Sua Muka bariga isu semasa, dasar kerajaan

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Hubungan Masyarakat, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik, kelmarin, telah meneruskan lagi Program Sua Muka bagi Kampung Kulapis dan Kampung Mulaut.

    Program merupakan usaha jabatan untuk menyampaikan maklumat mengenai isu-isu semasa dan dasar kerajaan dan dalam masa yang sama untuk menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

    Mengetuai rombongan Jabatan Penerangan ialah Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini yang disertai oleh beberapa orang pegawai dan kakitangan jabatan itu.

    Turut hadir menyampaikan maklumat terkini kepada penduduk kampung berkenaan ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan DST Network Sdn Bhd.

    Pemangku Ketua Kampung Mulaut, Awang Hamizan bin Haji Mustapa dalam ucapannya menyampaikan penghargaan dan terima kasih atas peluang dan kesempatan yang diberikan melalui program itu untuk menyampaikan isu dan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk kampung.

    Program diakhiri dengan sesi dialog mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh penduduk kampung yang antara lain berkaitan dengan keselamatan jalan raya, prasarana dan kemudahan awam, isu kebersihan persekitaran dan peluang peningkatan ekonomi di kampung-kampung berkenaan.

    Selain itu, program juga diselitkan dengan penjualan buku-buku terbitan Jabatan Penerangan sendiri dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

    Dayang Sastra Sarini bergambar ramai semasa program berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Pegawai Jabatan Perkhidmatan Elektrik semasa menyampaikan maklumat semasa program tersebut. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda