Thursday, May 1, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Sua Muka bariga maklumat, isu semasa ke Temburong

    TEMBURONG, 1 MEI – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Cawangan Penerangan Daerah Temburong, Bahagian Cawangan Daerah telah mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Rataie, Mukim Bokok, Daerah Temburong bertempat di Dewan Kemasyarakatan Rancangan Perumahan Negara Kampung Rataie, Mukim Bokok baru-baru ini.

    Hadir mengetuai rombongan Jabatan Penerangan ialah Pegawai Penerangan Kanan, Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar, selaku Ketua Bahagian Cawangan Daerah.

    Manakala bagi pihak Kampung Rataie, rombongan diketuai oleh Ketua Kampung Rataie, Awang Khairul Anwar bin Haji Juma’at.

    Turut hadir bagi menyampaikan taklimat ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Jalan Raya dan Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya.

    Program dimulakan dengan mukadimah daripada ketua rombongan yang menekankan mengenai peranan Jabatan Penerangan sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan apa jua maklumat yang terkini, dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa kepada rakyat dan penduduk di negara ini melalui beberapa landasan yang antara lain ialah Program Sua Muka dan juga melalui terbitan akhbar rasmi Pelita Brunei.

    Salah satu program di bawah strategi kerja Jabatan Penerangan iaitu Komunikasi Bersemuka yang dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan-rakyat dan rakyat-kerajaan dengan membarigakan maklumat dan mengendalikan program hubungan masyarakat yang dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan mukim atau kampung.

    Program berkenaan turut diisikan dengan perkongsian maklumat daripada agensi yang dijemput dan sesi dialog bersama penduduk kampung mengenai isu-isu yang dibangkitkan yang antara lain berkaitan dengan prasarana, pertanian, kemudahan awam dan hal-hal lain.

      Semua di atas: Antara suasana semasa program berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JPM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda