Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Sua Muka erat hubungan kerajaan, penduduk

    TUTONG, 20 JUN – Dalam usaha memperkukuh komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Bahagian Cawangan Daerah, kelmarin mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Pengkalan Mau, Bakiau dan Batang Mitus, Mukim Kiudang.

    Program berkenaan berlangsung di Ruang Legar, Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Kampung Kiudang.

    Hadir mengetuai rombongan Jabatan Penerangan ialah Pegawai Penerangan Kanan, Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar selaku Ketua Bahagian Cawangan Daerah.

    Sementara itu, bagi pihak Kampung Pengkalan Mau, Bakiau dan Batang Mitus diketuai oleh Awang Suhili bin Alas, Ketua Kampung Pengkalan Mau, Bakiau dan Batang Mitus.

    Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Tingkat IV, Awang Mohd Hizbullah bin Haji Mohd Noah, sebelum diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh ketua rombongan Jabatan Penerangan.

    Dalam mukadimahnya, Haji Fathi Foad menekankan peranan Jabatan Penerangan sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan maklumat terkini, dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa kepada rakyat melalui pelbagai saluran seperti Program Sua Muka serta penerbitan rasmi Pelita Brunei.

    Beliau turut menjelaskan mengenai pendekatan Komunikasi Bersemuka, iaitu salah satu strategi Jabatan Penerangan yang bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara rakyat dan kerajaan melalui penyampaian maklumat secara langsung serta pelaksanaan program kemasyarakatan yang menyumbang kepada kemajuan kampung dan mukim.

    Turut hadir memberikan taklimat dalam program berkenaan ialah wakil dari Unified Smart Metering System Sdn Bhd (USMS) dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI).

    Program turut diserikan dengan sesi dialog bersama penduduk kampung, yang memberi ruang kepada penduduk untuk membangkitkan pelbagai isu termasuk berkaitan prasarana, kemudahan awam dan hal-hal kebajikan lain untuk perhatian dan tindakan agensi-agensi berkaitan.

    Awang Suhili semasa sesi dialog dalam Program Sua Muka yang berlangsung di Ruang Legar, Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Kampung Kiudang.
    Sesi bergambar ramai para penduduk Kampung Pengkalan Mau, Bakiau dan Batang Mitus, Mukim Kiudang bersama warga Jabatan Penerangan dan agensi-agensi yang terlibat. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda