Wednesday, May 8, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Program Sua Muka tingkat kesedaran ramai

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Hubungan Masyarakat, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik telah mengadakan Program Sua Muka di Kampung Kilanas dan Kampung Jangsak, Mukim Kilanas hari ini yang diadakan di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Kilanas, Jalan Bebatik Kilanas.

    Pemangku Pegawai Penerangan Kanan, Dayang Saadiatul Nur Aqilah binti Haji Jaman memimpin rombongan tersebut. Beliau berkongsi isu kesihatan mental yang semakin meningkat dan memerlukan perhatian.

    Beliau menekankan pentingnya kesedaran terhadap keadaan diri sendiri dan orang di sekeliling sebagai langkah awal dalam pencegahan. Selain itu, beliau juga memberi nasihat untuk menjadi pendengar yang baik kepada ahli keluarga atau rakan yang mengalami tekanan dan kemurungan.

    Beliau juga menggalakkan mereka yang mengalami tekanan dan kemurungan untuk meningkatkan kesabaran dan kepasrahan diri dengan melaksanakan amalan keagamaan.

    Beliau menekankan pentingnya mendapatkan bantuan segera melalui Talian Harapan 145 yang diuruskan oleh pakar kesihatan mental yang terlatih dan menjaga kerahsiaan butiran perhubungan.

    Dayang Saadiatul Nur Aqilah semasa menyampaikan perkongsian isu kesihatan mental pada program tersebut. – Gambar serahan Jabatan Penerangan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...