Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Program taklimat kenegaraan diteruskan lagi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JUN – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, hari ini, meneruskan lagi Program Taklimat Kenegaraan ‘Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara
    Brunei Darussalam’ bagi pelajar-pelajar Sekolah Menengah St Andrew.

    Menurut kenyataan yang diterima, taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Jabatan Penerangan, Dayang Zurairah binti Haji Lisa di dewan sekolah berkenaan itu dihadiri oleh seramai 152 orang penuntut Tahun 7.

    Turut hadir pada program tersebut ialah Timbalan Pengetua Sekolah, Dr Chong Ah Fok dan para tenaga pengajar.

    Program itu merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai rasa cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.

    Selain itu ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri para penuntut

    Isi kandungan taklimat antara lain menyentuh mengenai raja, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam ‘Allah Peliharakan Sultan’.

    Dalam program tersebut, para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video ‘Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara’, ‘Semarak Pengibaran Bendera Negara’ dan video animasi ‘Tatacara Menaikkan Bendera Negara’.

    Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

    Pegawai dari Jabatan Penerangan menjelaskan mengenai bendera kebangsaan Negara Brunei Darussalam. – Gambar serahan Jabatan Penerangan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...