Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program tanam rasa cinta terhadap Rasulullah SAW

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah, dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi, hari ini telah menganjurkan Program Sirah Nabawiyyah Siri Ketiga, bertempat di masjid berkenaan.

    Program itu bertujuan untuk memperkaya ilmu pengetahuan serta memupuk minat dalam kalangan para Muslimah terhadap sejarah Islam, khususnya yang memfokuskan kepada keperibadian dan kehidupan SAW agar dapat dijadikan teladan dalam kehidupan seharian.

    Penganjuran program turut bertujuan untuk menanamkan rasa kasih dan cinta kepada Baginda Nabi Muhammad SAW, di samping membentuk sahsiah Muslimah yang berteraskan akhlak Baginda dalam menghadapi pelbagai cabaran, sama ada dalam konteks keluarga, kerjaya mahupun masyarakat.

    Acara diserikan dengan ceramah khas bertajuk Akhlak Nabi Muhammad SAW: Satu Teladan yang disampaikan oleh Pegawai Ugama (SkiPPA), Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Dayang Noorhazalina binti Mohiddin.

    Ceramah berkenaan menekankan kepentingan meneladani nilai-nilai murni dalam keperibadian Rasulullah SAW, seperti kesabaran, kejujuran, kasih sayang dan sikap lemah lembut, yang amat relevan dalam membentuk masyarakat Islam yang harmoni dan berakhlak mulia.

    Gambar ramai semasa Program Sirah Nabawiyyah Siri Ketiga di Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi, kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda