Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Tarbiah sempena Israk Mikraj

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Sebagai salah satu acara tahunannya, Unit Ko-Kurikulum dan Unit Amali Agama, Sekolah Ugama Dato Mohd Yassin, Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri telah mengadakan Program Tarbiah bersempena Sambutan Israk dan Mikraj yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, kelmarin.

    Dalam program berkenaan, pihak sekolah telah mengundang penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah bagi memberikan penerangan mengenai tajuk menuju kesempurnaan ibadah solat dan isu
    social.

    Program itu disertai oleh guru dan murid-murid dari Darjah 5 sahaja, di mana ia dihasratkan supaya murid-murid dapat mendirikan ibadah solat dengan betul mengikut tertibnya sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam mengikut Mazhab Syafie.

    Di samping itu juga, ia memberi peluang dan pendedahan kepada murid-murid supaya mereka dapat melakukannya sendiri bagaimana cara mendirikan ibadah solat dengan betul dan lebih sempurna melalui praktikal itu.

    Murid-murid yang menyertai program berkenaan.
    Murid-murid yang menyertai program berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda