Wednesday, November 20, 2024
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program tarik pengunjung ke Temburong

    Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

    TEMBURONG, 19 FEB – Bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39 Tahun, Jabatan Daerah Temburong melalui majlis perundingan mukim dan kampung (MPMK) Daerah Temburong telah mengadakan Program ‘Ke Temburong Bisai’ Edisi Sambutan Hari Kebangsaan bermula pada 16 hingga 19 Februari.

    Program berkenaan merupakan insiatif MPMK sebagai pengendali dalam memberikan peluang kepada pengusaha Satu Kampung Satu Produk (1K1P) untuk menjana pendapatan dan secara langsung meningkatkan penglibatan masyarakat di Daerah Temburong.

    Antara pengisian program berkenaan ialah aktiviti Jualan Keusahawanan Kampung yang terdiri daripada 60 peserta termasuk pengusaha 1K1P dan beberapa pengusaha kecil dan sederhana dari dalam dan luar daerah, pameran, program derma darah.

    Selain itu, turut diadakan Pertandingan Tausyeh Biro-biro Belia Majlis-majlis Perundingan Kampung Daerah Temburong, Pertandingan Terbuka Masakan Berkategori, walkaton bagi mengutip derma Tabung Bantuan Daerah Temburong, serta Pameran Kereta dan Motosikal Klasik dan Moden Terbuka.

    Antara pengusaha kecil dan sederhana yang menyertai aktiviti Jualan Keusahawanan Kampung dalam program ‘Ke Temburong Bisai’ Edisi Sambutan Hari Kebangsaan di Daerah Temburong yang berakhir kelmarin. – Gambar oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda