Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program tazkirah dan walkaton erat silaturahim

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Mensyukuri nikmat kesihatan yang Allah berikan kepada kita merupakan satu kewajiban dan tanggungjawab bagi setiap orang agar sentiasa menjaga kesihatan tubuh badan kerana ia merupakan satu amanah daripada Allah SWT.

    Perkara tersebut merupakan inti tazkirah yang disampaikan oleh Ketua Imam Surau Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal, Awang Mohammad Khairul Anwaar bin Rudyratno semasa aktiviti walkaton Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 anjuran Surau Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Asminan bin Haji Chu-chu.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang Subuh berjemaah diikuti dengan sesi tazkirah sebelum sesi walkaton bersama dengan Ahli Jawatankuasa dan Belia Surau Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal dan penduduk kampung.

    Awang Mohammad Khairul Anwaar juga menekankan mengenai cara untuk mengamalkan hidup sihat. Perkara yang pertama adalah dari segi menjaga pemakanan seperti firman Allah di dalam Surah Al-A’raf ayat 31, “Dan makanlah dan minumlah, dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas”.

    Awang Mohammad Khairul Anwaar, Awang Asminan, Awang Mohammad Azmi dan para peserta bergambar ramai semasa acara berkenaan.

    Beliau menerangkan bahawa setiap perut manusia itu mempunyai had sendiri di mana sepertiga adalah untuk makanan, minuman dan untuk udara.

    Perkara yang kedua ialah kesihatan jasmani.

    Beliau menekankan tentang kepentingan bersukan kerana bersukan merupakan Sunnah Rasulullah SAW.

    Jelasnya lagi semasa bersukan hendaklah kita menjaga syariat agama seperti menjaga batas aurat, pergaulan antara lelaki dan perempuan dan hindari daripada sukan yang membabitkan perjudian.

    Selesai sahaja tazkirah, acara diteruskan dengan sesi pemanasan badan yang diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Surau Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal, Awang Mohammad Azmi bin Haji Abdullah dan diikuti dengan acara walkaton yang diketuai oleh Awang Asminan.

    Acara berakhir dengan nyanyian lagu kebangsaan dan jamuan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda