Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Team Building lahirkan pemimpin pendidikan ugama

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Dalam usaha memupuk semangat ukhuwah dan kerjasama erat di samping meningkatkan daya kepimpinan, kemahiran komunikasi serta semangat berpasukan bagi meningkatkan keberkesanan pentadbiran sekolah, Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama (JKPSSU) Kawasan Brunei IV melalui Bahagian Sukan dan Kesihatan telah menganjurkan Program Team Building bertemakan “Ukhuwah Teras Kepimpinan”, hari ini.

    Program diadakan di Pantai Muara itu khusus bagi guru besar dan guru kanan pentadbiran Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei IV.

    Hadir selaku Tetamu Khas majlis, Pegawai Pengajian Islam Daerah bagi Kawasan Brunei IV, Bahagian Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam, di KHEU, Dayang Hajah Muizzah binti Kefli.

    Gambar beramai guru besar dan guru kanan pentadbiran Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei IV bersama tetamu khas di acara itu.

    Program ini antara lain bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga sekolah, selaras dengan matlamat untuk melahirkan kepimpinan pendidikan ugama yang berkualiti, berwibawa dan berdaya tahan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, dan diikuti dengan ucapan alu aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei IV Awang Haji Kamirul Azman bin Haji Kula.

    Acara program diisi dengan taklimat ringkas, senam ringan, aktiviti berkumpulan, serta penyampaian sijil penghargaan oleh Tetamu Khas.

    Program yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei IV melalui Bahagian Sukan dan Kesihatan.

    Suasana aktiviti dalam Program Team Building yang disertai oleh guru-guru sekolah agama Kawasan Brunei IV. – GAMBAR SERAHAN JPI, KHEU
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda