Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan KKBS
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Sempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun 2022 (MYCE 2022), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menganjurkan Program Digital to Fabric: Design Your Own Tenunan di Bilik Sepakat 4, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Program berkenaan adalah untuk pendedahan ilmu mengenai reka bentuk, mengenalkan budaya dan kesenian Negara Brunei Darussalam dan seterusnya menanamkan sikap berdikari serta mempertingkatkan pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif serta mendedahkan peluang pekerjaan.
Ia disasarkan kepada remaja dan belia yang berkeinginan untuk menceburi bidang seni dan reka bentuk digital serta membuka minda dan pendedahan awal prospek seni visual.