Thursday, September 19, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program tingkat kemahiran bertutur bahasa Arab

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT- Bagi memupuk minat dan meningkat kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar, Sekolah Arab Temburong telah mengadakan program Hayya llal ‘Arabiyyah (Mari Berbahasa Arab) dengan tema Al-Mu’alim (Guru) bertempat di sekolah berkenaan pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Harris Hamdillah bin Haji Masri.
    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah A-Fatihah dan Doa Selamat, disusuli ucapan daripada Guru Besar Sekolah Arab Temburong, Dayang Serikartini binti Haji Omar.

    Antara pengisian atur cara termasuk persembahan sketsa dan selawat dan juga lawatan ke petak-petak aktiviti serta paparan skrin dalam bahasa Arab.

    Bagi mencapai objektif program, aktiviti-aktiviti acara memfokuskan kepada pengukuhan kemahiran mendengar, membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa Arab.

    Program Hayya llal ‘Arabiyah (Mari Berbahasa Arab) merupakan salah satu inisiatif Jabatan Pengajian Islam yang dikendalikan oleh sekolah-sekolah Arab bagi mengukuhkan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar, di samping memupuk semangat daya saing yang sihat dalam kalangan pelajar sekolah-sekolah Arab.

    Awang Harris Hamdillah hadir pada majlis yang diadakan di Sekolah Arab Temburong. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Salah seorang pelajar menerima hadiah pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda