Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program tingkat kesedaran kepentingan menjaga kesihatan

    Oleh Daniel Lim –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Jabatan Kerja Raya (JKR) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bekerjasama dengan Super Slim Fit Brunei bagi menganjurkan acara kesedaran kecergasan dan kesihatan yang berlangsung di ibu pejabat jabatan berkenaan pada 26 Julai lalu.

    Menurut JKR, program seumpama itu kerap diadakan bagi menggalakkan gaya hidup sihat, keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi serta kesejahteraan menyeluruh kakitangan.

    Sementara itu, Pengetua Super Slim Fit Brunei, Tan Sui Seng, menjelaskan objektif kelas yang dianjurkan adalah untuk memupuk kesihatan fizikal dan mental, di samping membantu mengurangkan masalah kesihatan mental seperti keresahan dan kemurungan.

    “Kegembiraan adalah ubat. Oleh itu, kelas yang kami anjurkan sentiasa disertai dengan gelak tawa dan keceriaan,” ujar beliau.

    Antara acara lain yang turut diadakan adalah pemeriksaan kesihatan bagi membolehkan para peserta mengetahui keadaan kesihatan serta berkongsi pengetahuan penting berkaitan kesihatan iaitu termasuk galakan bersenam secara berkala, mengamalkan pemakanan sihat dan menjaga kesihatan mental.

    Super Slim Fit Brunei turut menyediakan pelbagai jenis senaman untuk orang awam dan individu berkeperluan khas, di samping menawarkan terapi tetapan tulang, fisioterapi dan terapi regangan.

    Orang ramai dialu-alukan untuk mengikuti program tersebut yang diadakan setiap minggu di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

    Tan Sui Seng bergambar bersama perwakilan dari Jabatan Perkhidmatan Awam, Hajah Hasmilah binti Ismail dan Tan semasa program berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SUPER SLIM FIT BRUNEI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda