Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program tingkatkan kemahiran pertanian

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan kerjasama Fakulti Pertanian menawarkan Agritalk: Program Bersiri bagi Pengusaha Pertanian 2022/2023 berjudul Enhancing Crop-Soil Interactions for Sustainable Agricultural Efficiency kepada orang ramai yang bakal berlangsung pada 13 Julai nanti.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan UNISSA, program bertujuan membimbing para peladang dan pihak yang berkenaan dalam hal ehwal pertanian, di samping menyalurkan ilmu-ilmu praktikal dalam pertanian moden serta sebagai usaha bagi sama-sama meningkatkan kemahiran pertanian kepada para peserta.

    Untuk menyertai program itu, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 8254374 dan 2462000 sambungan 202/204 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar e-mel kepada C4L@unissa.edu.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda