TUARAN, 21 FEB – Program Ukhuwah MADANI di Hospital Tuaran di sini memfokuskan kepada kebajikan pesakit khususnya untuk memberi keceriaan dan sokongan moral kepada pesakit kanak-kanak di hospital itu. Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Roslan Mat Nong berkata ini termasuk menyampaikan bantuan kepada keluarga pesakit dalam bentuk barangan keperluan serta sokongan psikologi.

