Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program WAH didik amal gaya hidup sihat

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT – Sebagai menyahut Program Kesihatan dan Tempat Kerja (WAH) yang dilancarkan minggu lalu, lebih 40 guru dan pegawai pendidikan di bawah sekolah-sekolah Kluster 6, Kementerian Pendidikan telah memulakan sesi senaman dan aerobik selama enam minggu pada 22 Oktober lalu di dewan serba guna Sekolah Menengah Sayyidina Ali.

    Program anjuran Bahagian Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE), Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-perkhidmatan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Kokurikulum itu telah dihadiri oleh Ketua Kluster 6, Jabatan Sekolah-sekolah Dayang Halizawati binti Haji Kepli.

    Ketua penyelaras program, Pengiran Khairel Putera bin Pengiran Ahmad menjelaskan, antara aktiviti yang dijalankan termasuklah sesi senamrobik yang akan diadakan enam kali untuk guru, kakitangan dan pegawai pendidikan di Daerah Belait bagi membantu mempromosikan kepimpinan gaya hidup aktif dan juga mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Program ini juga mengetengahkan dan menyebarkan pengetahuan tentang pelbagai risiko berkaitan dengan penyakit tidak berjangkit khususnya di tempat kerja.

    Dengan latihan aerobik yang pertama daripada enam minggu dirancang untuk Daerah Belait, Program WAH secara keseluruhan akan menyaksikan gabungan 30 sesi senaman yang akan diadakan di semua cawangan Kementerian Pendidikan di seluruh daerah.

    Sesi senaman yang diadakan sebagai sebahagian daripada Program WAH.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda