Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program YOV tumpu kepimpinan dan komuniti

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Dengan menumpukan kepada kepimpinan dan komuniti, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) telah mengadakan Youth Voices Out (YOV) pada 18 dan 21 Julai lalu di Dewan Kuliah 12 dan Pusat Perkhidmatan Pembelajaran Pelajar (SLSC).

    Program YOV yang menyaksikan penyertaan pemimpin-pemimpin pelajar iaitu ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Pembimbing Rakan Remaja (PRR) dan ketua darjah itu dikendalikan bersama pegawai-pegawai dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Ia memberikan tumpuan kepada kepimpinan dan masyarakat, kecerdasan emosi menentang kecerdasan (EQ vs IQ), berilmu pengetahuan serta agama dan nilai-nilai moral.

    Pada hari pertama, pemimpin-pemimpin pelajar berkenaan telah mendengar ceramah yang disampaikan oleh dua orang profesional dari KKBS iaitu Pengiran Kamal Ghadafi bin Pengiran Haji Suhaimi dan Dr Nuriskandar bin Mohammad Hasan.

    Turut hadir semasa ceramah berkenaan ialah Pengetua Maktab Duli, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad; Guru Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Dayang Alya Iwanina binti Haji Abu Bakar; Kaunselor Maktab Duli, Hajah Siti Azizah binti Haji Wahsalfelah serta pengurusan kanan dan pensyarah-pensyarah maktab berkenaan.

    Manakala itu, pada hari kedua, para pelajar telah menghadiri sesi pleno dan breakout di mana pada sesi breakout, pemimpin pelajar telah mengambil bahagian dalam aktiviti pengurusan masa dan EQ vs IQ yang diadakan di SLSC.

    Sementara itu, di bilik MPP, para pelajar telah mengambil bahagian dalam aktiviti yang berkaitan dengan keusahawanan.

    Sesi pleno pula merupakan aktiviti terakhir bagi Program YOV di mana ia mengetengahkan panel penceramah yang terdiri daripada Ketua Bahagian Perhubungan Kerajaan dan Projek Khas BIBD, Haji Yusri bin Wahsalfelah; Kaunselor bagi Pelawat UNISSA, Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor dan Pemangku Penolong Pengarah serta Pegawai Pembangunan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Dayang Irnawati binti Haji Mahir dengan sesi dikendalikan oleh moderator, Pengiran Kamal Ghadafi.

    Haji Yusri (dua dari kiri), Haji Ali Yusri (dua dari kanan), Dayang Irnawati (satu dari kanan) dan Pengiran Kamal Ghadafi (satu dari kiri) semasa sesi panel pleno program berkenaan. – Gambar oleh Sim Y. H
    Gambar oleh Sim Y. H
    Gambar oleh Sim Y. H
    Gambar oleh Sim Y. H

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda