Wednesday, March 19, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Progresif anjur acara kebudayaan malam esok

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 tahun, Progresif Cellular Sdn Bhd (Progresif) akan mengadakan Malam Kebudayaan ke-3 di Jerudong Park Amphitheatre, Sabtu ini.

    Acara selama tiga jam bermula 7:30 malam itu akan mempersembahkan persembahan-persembahan yang menunjukkan kepelbagaian budaya di

    Brunei melalui beberapa siri persembahan tarian dan nyanyian bermula dari tarian Ngajat dari Puak Iban ke persembahan-persembahan dari komuniti-komuniti Cina, Indonesia, India dan Filipina di negara ini.

    Acara kemuncak pula persembahan digelar ‘United Towards a Progresif Brunei’ yang membawakan kesemua 116 penghibur dari negara-negara dan budaya yang berlainan.

    Di samping persembahan-persembahan itu, kuiz-kuiz juga akan diadakan bagi penyertaan orang ramai untuk memeriahkan lagi malam budaya itu.

    Salah satu persembahan yang bakal ditampilkan pada Malam Kebudayaan ke-3 di Jerudong Park Amphitheatre, malam esok.
    Salah satu persembahan yang bakal ditampilkan pada Malam Kebudayaan ke-3 di Jerudong Park Amphitheatre, malam esok.

    Sebagai sebahagian daripada komitmen Progresif untuk menyokong pengusaha-pengusaha tempatan, pihak syarikat juga akan bekerjasama dengan syarikat acara tempatan Big BWN Cookout yang akan menampilkan 20 vendor makanan tempatan seperti Hybrid, Ana Memento, Solazat Stall, Urbn-kitchen, NZ Collections, Uncel Sams Grilled Chicken, Wing & Drumettes, Unicorn Drinks & 2 Hearts Kitchen dan Goodies By HanaBashBash.

    Acara itu akan dihadiri oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah Progresif, pengurusan syarikat dan perwakilan-perwakilan dari suruhan-suruhanjaya tinggi dan kedutaan-kedutaan di negara ini.

    Ketua Pegawai Pemasaran Progresif, Devin Edwards dalam satu kenyataan berkata, “Kami berbangga untuk berupaya menganjurkan malam kebudayaan ini. Acara ini mendemonstrasikan dedikasi kami untuk menyokong budaya dan seni yang merupakan salah satu daripada empat tonggak bagi program tanggungjawab sosial korporat kami.

    “Bagi acara ini, kami bekerjasama dengan beberapa komuniti di Brunei dalam harapan untuk meneroka dan mempamerkan kekayaan kreatif ke seluruh negara. Kami berharap orang ramai akan terhibur pada malam budaya ini bersama rakan dan keluarga mereka.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda