Wednesday, March 12, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Progresif bertahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Progresif Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yasin dan Tahlil untuk Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, hari ini.

    Majlis dihadiri oleh Pengerusi Progresif, Awang Mohammad Harris bin Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim; ahli Lembaga Pengarah, Awang Kamal Ariffin bin Pehin Dato Haji Ahmad; pasukan pengurusan kanan dan kakitangan syarikat berkenaan.

    Pada majlis berkenaan, bacaan Surah Yasin dan Tahlil telah dipimpin oleh Penganalisis Data Progresif, Awang Abdul Aziz bin Dr Haji Awang Asbol.

    Gambar ramai pegawai dan kakitangan Progresif pada majlis tersbeut. – GAMBAR SERAHAN PROGRESIF
    Awang Mohammad Harris semasa hadir pada majlis di Kubah Makam Diraja, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN PROGRESIF

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda