Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Progresif bertahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Progresif Sdn Bhd (Progresif) telah mengadakan Majlis Tahlil dan Membaca Surah Yasin bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, hari ini.

    Antara yang hadir ialah Timbalan Pengerusi Progresif, Awang Mohammad Harris bin Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim dan disertai pegawai-pegawai pe-ngurusan kanan dan para kakitangan syarikat tersebut.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum bacaan Surah Yasin dan tahlil yang diketuai oleh Awang Muhammad Runy bin Metali dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

    Majlis keagamaan itu adalah antara aktiviti tahunan Progresif dalam sama-sama menyemarakkan lagi keindahan bulan suci Ramadan di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.

    Awang Mohammad Harris bersama antara yang hadir pada majlis tahlil dan membaca Surah Yasin di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, kelmarin. – Gambar serahan Progresif
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...