Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Progresif cipta kenangan melalui acara Meet the Legends di CF28

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Kemeriahan petak Progresif Sdn Bhd (Progresif) di Pesta Pengguna ke-28 (CF28) cukup dirasai apabila dipenuhi dengan para peminat tegar bola sepak semasa acara Meet the Legends, yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, baru-baru ini.

    Progresif dengan kerjasama World Football Legends (WFL Asia) dan Top-Bins Event Management telah memberikan peluang dan pengalaman berharga sekali seumur hidup yang tidak dapat dilupakan kepada peminat-peminat bola sepak secara eksklusif untuk bertemu dan bersalaman bersama dua orang ikon Liga Perdana iaitu John Arne Riise (Liverpool FC) dan Teddy Sheringham (Manchester United dan Tottenham Hotspur).

    Terdahulu sebelum acara berkenaan, Progresif menjalankan dua kempen eksklusif di mana para pelanggan pelan fiber baharu berpeluang mendapatkan tiket eksklusif untuk bertemu dengan legenda bola sepak tersebut.

    Di samping itu, peraduan Repost & Win di Instagram turut memberikan peluang bagi peserta media sosial memenangi tiket ke acara tersebut.

    Para peminat, termasuk pelanggan Progresif dan pemenang peraduan, berpeluang merasai detik-detik yang mendebarkan menerusi tawaran eksklusif dan aktiviti menarik di petak Progresif sepanjang acara berlangsung.

    Naib Presiden Pemasaran Progresif, Sharleen Othman menjelaskan bahawa di Progresif, mereka percaya dengan kuasa #reconnect.

    Beliau menambah, acara Meet the Legends bukan sahaja mengenai ikon bola sepak, ia adalah mengenai hubungan semula bersama impian yang menimbulkan minat kita dalam sukan tersebut.

    “Menyaksikan keterujaan ini telah memberikan semangat kepada kami dan mengingatkan kami bahawa segala-galanya boleh jadi. Kami di Progresif, merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta peminat bola sepak yang bersemangat kerana menjadikan acara itu satu kejayaan,” ujarnya.

    Peminat tegar bola sepak berkesempatan bergambar bersama ikon-ikon Liga Perdana. – GAMBAR SERAHAN PROGRESIF
    Kemeriahan petak progresif di CF28 semasa acara Meet the Legends kelmarin. – GAMBAR SERAHAN PROGRESIF

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...