Oleh Syahmi Hassan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Sempena sambutan Hari Kebaikan Sedunia yang diadakan pada 13 November, Progresif Sdn Bhd membawa senyuman dan kegembiraan kepada masyarakat Bandarku Ceria, hari ini.
Dengan lebih 300 minuman, aiskrim dan sajian percuma yang diedarkan, kakitangan Progresif yang berdedikasi telah meningkatkan impaknya, mengubah hari biasa menjadi perayaan kemurahan hati dan semangat kemasyarakatan.
Inisiatif itu, disokong oleh rakan kongsi BELTS dan Oatbedient, menyaksikan Progresif memberikan minuman dan aiskrim percuma kepada masyarakat untuk menaikkan semangat dan membawa senyuman dalam sambutan Hari Kebaikan Sedunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar dipetik berkata, “Kami sangat teruja kerana berpeluang menyebarkan kegembiraan dan kebaikan di BandarKu Ceria dalam sambutan Hari Kebaikan Sedunia.
“Kebaikan mempunyai kuasa untuk menghubungkan kita semua dan dengan mempromosikan Hari Kebaikan Sedunia, kami berharap dapat memberikan inspirasi kepada orang lain menyertai kami dalam mewujudkan masyarakat yang lebih berbelas kasihan, untuk menerima kebaikan sebagai cara hidup, dan mengenali kesan positif yang boleh dihasilkannya dalam kalangan masyarakat,” tambahnya.
Hari Kebaikan Sedunia adalah sambutan global yang didedikasikan untuk mempromosikan dan meraikan tindakan kebaikan secara rambang setiap hari.
Progresif mengiktiraf kepentingan itu kerana ia berfungsi sebagai peringatan lembut tentang kuasa transformatif menyebarkan kebaikan, belas kasihan dan empati.