Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Progresif gandakan pelan Home WiFi

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Progresif sentiasa mencari cara untuk meningkatkan pengalaman pelanggan mereka dan menyokong usaha negara untuk mencapai Wawasan Brunei 2035.

    Sehubungan itu, semua pelanggan Home WiFi Progresif akan menikmati peningkatan automatik mulai 1 April ini, dengan kepantasan 20Mbps akan dinaikkan hingga 50Mbps tanpa sebarang kos.

    Progresif juga telah memperkenalkan pelan Home WiFi baharu dengan peningkatan data dan harga yang berpatutan.

    Peningkatan tersebut adalah untuk semua pelan Home WiFi termasuk pelanggan 20Mbps, pelanggan Home Unlimited, One Office dan Bundles mereka.

    Progresif juga menawarkan promosi yang sedang dijalankan iaitu pelan Double Double WiFi, di mana pelanggan mereka dapat Double Your Speed dengan 250GB pada kelajuan 100Mbps atau Double Your Data dengan 500GB pada kelajuan 50Mbps dengan harga berpatutan.

    Walau bagaimanapun, jika pelanggan mendaftar hari ini hingga akhir Jun 2021, akan diberikan harga promosi eksklusif untuk 12 bulan pertama dengan kontrak selama 18 bulan. Pelanggan juga boleh memilih pemasangan percuma atau baucar Ganjaran Gaya Hidup.

    Progresif juga telah memperkenalkan Ganjaran Gaya Hidup baharu, baucar bonus promosi di mana baucar tersebut boleh digunakan di Incomm, Digital World, Game Central, Netcom, Game On dan Chong Hock.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda