Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Progresif Sdn Bhd dan GoMamam, hari ini, telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan lagi perkongsian strategik yang bertujuan untuk meningkatkan standard industri. MoU telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif GoMamam, Hadi Wahab.

