Monday, March 31, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Progresif ikrar derma 1 peratus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Dalam komitmen terbaharu mereka terhadap kesejahteraan korporat, Progresif telah mengumumkan ikrar untuk menderma 1 peratus setiap transaksi jualan pada acara Progresif kepada penerima yang dikaitkan dengan empat bidang dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka iaitu seni dan budaya, pendidikan, alam sekitar dan keusahawanan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, sumbangan itu adalah salah satu matlamat syarikat untuk memastikan masyarakat dapat menikmati kehidupan yang berkembang maju dan syarikat mempercayai orang awam sentiasa diutamakan daripada teknologi dan proses.

    Ikrar untuk menjadikan CSR teras tumpuan operasi mereka telah menjadi kenyataan dalam beberapa inisiatif dalam sejarah lima tahun mereka.

    Sekarang, dalam kempen terbaharu ini untuk mengembalikan semula kepada komuniti, Progresif menyeru badan korporat lain supaya berganding bahu menyertai mereka dalam ikrar 1 peratus ini.

    Menurut Pengurus Komuni-kasi Korporat Progresif, Dayang Hafiza binti Mohamad, “Kami berharap ikrar ini boleh disertai mereka yang lain kerana kami percaya bahawa apabila ramai yang menunaikan tanggungjawab mereka, perubahan posi-tif yang besar pastinya akan berlaku.

    “Kami juga mengalu-alukan kerjasama bersama syarikat lain untuk menjadi rakan bersama dalam ikrar ini, agar boleh bersama-sama kami membawakan perbezaan,” tambahnya.

    Bidang CSR yang akan mendapat manfaat daripada ikrar 1 peratus Progresif. – Gambar serahan Progresif
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda