Progresif jalankan tanggungjawab terhadap masyarakat

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran yang diraikan setiap 17 Ramadan, Progresif Cellular Sdn Bhd telah menyumbangkan sebanyak 100 naskhah Al-Quran kepada golongan mualaf pada majlis yang berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah, kelmarin.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Pengarah Modal Insan Progresif, Awang Mohd Yazdi bin Haji Yahya kepada Penolong Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Haji Abdul Aziz bin Haji Kahar.

Turut hadir menyaksikan penyerahan tersebut ialah rakan inisiatif Progresif, Haji Mohd Rano Iskandar bin Abdullah dari Ranoadidas dan Pengarah Urusan Samima Sdn Bhd, Haji Hidayathullah bin Haji Tajudeen.

Dalam kenyataan yang diterima hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah menjelaskan, “Progresif mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat dan menerusi sumbangan tersebut para mualaf akan memperoleh keberkatan dan hidayah daripada penggunaan Al-Quran itu.”

Awang Mohd Yazdi menyerahkan sumbangan Al-Quran kepada Haji Abdul Aziz. – Gambar serahan Progresif