BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Progresif Sdn Bhd juga tidak ketinggalan meraikan Hari Raya Aidiladha dengan majlis ibadah korban yang diadakan di dewan bankuet ibu pejabatnya, baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Progresif, majlis menyaksikan pengagihan daging korban kepada 20 orang ibu tunggal yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).
Pengagihannya disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar.
Turut hadir untuk menyampaikan agihan daging korban kepada kakitangan Progresif ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Awang Junaidi Bahrum.
