Sunday, September 8, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Progresif lancar Ding!

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Progresif Sdn Bhd telah melancarkan Ding! yang mempunyai ciri-ciri pembayaran tanpa tunai baharu bersepadu dalam aplikasi Progresif Care+.

    Penyelesaian pembayaran digital yang inovatif itu, bertujuan untuk meningkatkan rangkuman kewangan dan memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan juga pengguna individu di Brunei.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan pelancaran Ding! di Pusat Beli-belah OneCity itu ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

    Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar dalam ucapan alu-aluannya mengongsikan, visi progresif dan inisiatif bersama Ding!, selain percaya ia akan memberi sumbangan ketara kepada pertumbuhan dengan memupuk budaya transaksi tanpa tunai melalui platform multimedia yang pelbagai dan dinamik dengan selesa.

    “Selain itu, Progresif juga berhasrat untuk menyelaraskan dengan Hab Pembayaran Digital Kebangsaan apabila ia dilancarkan, dan berfungsi sebagai platform untuk menjana pertumbuhan dalam transaksi tanpa tunai dan mewujudkan ekosistem perniagaan yang kondusif di negara ini,” jelasnya.

    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary dan Hajah Nurul Haniah bergambar ramai selepas acara pelancaran Ding! – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary dan Hajah Nurul Haniah menyaksikan petak jualan pada acara tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Turut hadir ialah Pengerusi Progresif, Awang Mohammad Harris bin Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim, duta, setiausaha tetap, pegawai kanan kerajaan dan rakan kongsi Progresif.

    Aplikasi Progresif Care+, telah dianugerahkan inisiatif pembayaran terbaik oleh Anugerah Komunikasi Asia, Ding! menawarkan penyelesai-an pembayaran yang lancar dan selamat yang membolehkan pengguna melakukan transaksi digital tanpa memerlukan akaun bank tradisional.

    Matlamat Progresif adalah untuk memperkasakan individu dengan alat dan pandangan untuk menjejaki kewangan serta dan mendapatkannya gambaran keseluruhan perbelanjaan melalui visual yang ringkas dan mudah difahami.

    Inisiatif ini adalah sejajar dengan komitmen Progresif untuk meningkatkan keselesaan dan mempromosikan kewangan dan celik digital di seluruh Brunei.

    Di samping itu, inisiatif terbaru ini bertujuan untuk merapatkan jurang dengan menyediakan akses dan alat kewangan yang selamat untuk semua pelanggan dan rakan kongsi, tanpa mengira latar belakang ekonomi mereka.

    Ding! juga menawarkan penyelesaian pembayaran digital yang lancar dan mesra pengguna, di samping itu Ding! juga membolehkan pengguna menambah nilai wallets dengan kredit prabayar atau dengan mengecaj bil pascabayar, mengimbas dan bayar segera transaksi melalui standard QR global, dan memastikan kemudahan penggunaan untuk semua, termasuk mereka yang baharu dalam pembayaran digital ini.

    Manakala untuk peniaga Ding! pula menawarkan papan pemuka komprehensif yang menyatukan semua data perniagaan dalam satu tempat, di mana ciri ini membolehkan peniaga menjejaki aktiviti jualan dan pembayaran urus niaga dengan cekap.

    Aplikasi ini juga menyokong peranan berbilang pengguna, membolehkan perniagaan mengenal pasti dan memantau metrik prestasi yang berbeza.

    Dengan Ding!, peniaga mendapat pemahanan yang jelas tentang pendapatan bersih dan prestasi perniagaan keseluruhan, meningkatkan keupayaan untuk membuat keputusan maklumat.

    Pelancaran Ding! turut dimeriahkan dengan jerayawara yang akan berlangsung hari ini hingga 28 Julai dengan menampilkan pasaran pop-up dengan peniaga terpilih Ding!.

    Jerayawara ini menyediakan peluang yang sangat baik dan pengunjung dapat merasakan sendiri pengalaman Ding! dan secara langsung belajar bagaimana untuk mengaktifkan dan menambah wang pada Wallet melalui aplikasi Progresif Care+, disamping menikmati kemudahan pembayaran digital.

    Pasaran pop-up juga akan menampilkan pelbagai jenis vendor, mempamerkan kemudahan dan kepelbagaian penggunaan Ding! untuk transaksi harian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda