Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Progresif sekali lagi mengumumkan pelancaran Kempen Big Win yang dinanti-nantikan di mana ia akan berlangsung dari 2 Januari hingga 1 Disember.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Progresif, di sini, menyatakan kempen itu akan menyediakan peluang menarik untuk memberi ganjaran kepada pelanggan prabayar sedia ada, pelanggan-pelanggan baru dan juga pelanggan pelan mudah alih serta pelanggan kemudahan WiFi di rumah mereka.
Kempen Big Win bermatlamat untuk memberikan motivasi kepada pelanggan-pelanggan prabayar untuk secara proaktif dan segera mendaftar semula talian mereka dengan Progresif.
Kempen itu bukan sahaja terhad kepada pelanggan sedia ada tetapi juga mempunyai ganjaran yang menarik bagi pelanggan-pelanggan baru Progresif dengan hadiah-hadiah keseluruhan bernilai lebih $300,000.
Pelanggan yang berkunjung ke kedai Progresif akan berpeluang memenangani hadiah percuma, data percuma serta akan berpeluang secara automatik untuk menangi cabutan bertuah suku tahunan.
Bagi kempen Big Win suku pertama tahun ini, enam pemenang teratas akan membawa pulang hadiah keseluruhan wang tunai $32,500, sementara pemenang hadiah utama membawa pulang hadiah wang tunai $15,000.
Pada Oktober 2024, AITI mengumumkan dalam satu kenyataan akhbar mengenai peningkatan langkah sekuriti siber dan mengurangkan peningkatan kejadian aktiviti menyalahi undang-undang serta penipuan yang dikendali menerusi panggilan dan SMS di Negara Brunei Darussalam.
Penguatkuasaan itu, bermatlamat sebagai langkah pengawalseliaan bagi pendaftaran kad SIM prabayar mudah alih bermula Januari 2025 hingga 31 Disember 2025.
Pelanggan-pelanggan Progresif boleh menyertai Kempen Big Win dengan mendaftar semula talian prabayar mereka semasa tempoh kempen atau dengan melanggan kepada mana-mana pelan WiFi rumah, pascabayar atau prabayar Progresif.
Cabutan bertuah itu akan diadakan sebanyak tiga kitaran pada tahun ini di mana setiap satu menawarkan manfaat eksklusif untuk peserta-peserta awal. Kitaran pertama akan berjalan dari 2 Januari hingga 14 Mei, kitaran kedua daru 15 Mei hingga 13 Ogos dan kitaran ketiga daru 15 Ogos hingga 1 Disember.
Naib Presiden Pemasaran, Progresif, Sharleen Othman menyatakan kempen berkenaa melangkaui lebih dari hanya memberikan ganjaran kepada kesetiaan pelanggan bahkan ia mencerminkan komitmen Progresif untuk memastikan pelanggan-pelanggannya patuh kepada latihan pendaftaran semula berkenaan memandangkan ia adalah amat mustahak untuk mengekalkan sekuriti dan kesalinghubungan yang lancar.
Dengan mengambil bahagian dalam kempen berkenaan, ulasnya, pelanggan-pelanggan bukan sahaja menikmati manfaat terus saling berhubung dengan selamat tetapi juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat.