Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Progresif lancar siri Tiny Lounge 2.0

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Progresif Sdn Bhd bersedia untuk menarik perhatian dunia hiburan warga Brunei dengan pelancaran kandungan terkini dan paling dinantikan.

    Progresif Media hari ini mengumumkan pelancaran Tiny Lounge 2.0 dan empat kandungan baharu eksklusif di bawah Program Pitch & Produce Cycle 3 AITI. Program-program ini dijangka membawa kandungan yang paling luar biasa dan menghiburkan, menampilkan bakat-bakat yang berkembang di Brunei kepada penonton di negara itu dan juga di luar negara.

    Progresif Media turut mengeluarkan kenyataan hari ini yang menjelaskan program berkenaan didedikasi untuk menyokong industri kreatif tempatan dan komitmen syarikat untuk mengeluarkan kandungan asal baharu oleh pengeluar tempatan, pencerita, artis, dan pelakon sebagai elemen penting dalam perkembangan industri kreatif.

    Tiny Lounge 2.0 adalah program yang disokong oleh Makan Ceria Sdn Bhd dan Sparks Co.
    Program ini menampilkan persembahan menarik oleh artis baharu Brunei di lokasi dan latar belakang yang unik untuk muzik mereka dan menambah pengalaman keseluruhan untuk penonton.

    Siri ini menampilkan 12 episod dengan persembahan daripada artis yang sudah mampan dan akan datang, termasuk Aziz Harun, Ezah Hashim, Bluemoongirl, Chlorine, dan banyak lagi.

    Progresif Media dalam siri Tiny Lounge bersama artis tempatan. – Gambar serahan Progresif

    Sementara itu, program Pitch & Produce Cycle 3 sedang siap sedia untuk tayangan filem dan siri baharu yang menarik, yang mungkin melalui perkongsian berterusannya dengan AITI dan keluaran eksklusif ini akan tersedia hanya di platform Progresif Media bermula bulan hadapan dan pada masa ini, penonton boleh menjangkakan pelbagai filem dan siri baharu yang dihasilkan sepenuhnya di Brunei.

    Progresif Media juga telah melancarkan program kanak-kanak pertama mereka yang dikenali sebagai Kid’s Club. Program tersebut merupakan ciptaan dan hasil kerjasama dengan Relentless Entertainment dan disediakan secara percuma untuk ditonton sepenuhnya.

    Program ini menampilkan liputan segmen pendek, menyeronokkan dan bermaklumat pelbagai topik yang diminati untuk kanak-kanak berumur antara enam dan 13 tahun.

    Syarikat tersebut juga menjemput orang ramai untuk menikmati siri Tiny Lounge 2.0 dan program Pitch & Produce 3.0 serta menerokai pelbagai kandungan yang tersedia pada platform mereka.

    Dalam usaha untuk menambah kandungan yang lebih pelbagai dan berkualiti pada platformnya, Progresif akan terus komited untuk mengeluarkan kandungan asal baharu oleh pengeluar tempatan termasuk pencerita, artis, dan pelakon dalam menyokong perkembangan industri kreatif di Brunei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda